Wednesday, December 3, 2008

De Facto yg Dangkal!


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dipecat daripada UMNO berkuat kuasa serta merta ekoran beberapa tindakan beliau yang bertentangan dengan etika parti termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat malam ini juga turut menggantung keanggotaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim selama tiga tahun kerana membuat kenyataan mengkritik parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini berkata, Zaid dipecat kerana menghadiri Perhimpunan Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ahad lalu selain tindakannya menghadiri beberapa program anjuran parti pembangkang.

“Pemecatan ini adalah muktamad dan tidak boleh merayu,” tegasnya.

Ditanya mengenai tindakan pemecatan terhadap Zaid, Abdullah berkata, tindakan tersebut adalah satu keperluan berdasarkan pada apa yang dilakukan oleh Zaid.

“Dalam UMNO kita tidak amal double standard. Lain orang, lain keputusan. Tindakan Zaid dengan kehadiran beliau di kalangan pemimpin parti pembangkang dalam majlis-majlis yang diadakan pembangkang dilihat sebagai menyalahi etika parti,” katanya.

0 comments: