Thursday, January 28, 2010

Anwar, Zulkifli dan Pas


''Saya telah menegaskan bahawa dalam isu penyalahgunaan kalimah Allah ini saya tidak akan berkompromi walau setitik. Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan. Moga Allah memberikan keampunan-Nya kepada saya dan memberi petunjuk-Nya. Amin.''

Demikianlah doa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dalam blognya apabila mengulas mengenai gesaan supaya beliau dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad kerana terus membuat kenyataan menghina dan memperlekehkan Islam.

Ternyata sekali walaupun berhadapan dengan tekanan daripada parti sendiri, Zulkifli ternyata istiqamah dalam mempertahankan pendiriannya dalam memperjuangkan Islam.
Zulkifli sanggup menanggung apa juga risiko termasuk dipecat daripada PKR ''kerana mempertahankan kalimah suci Allah daripada disiat-siat dan dicemar oleh golongan yang terlalu mempertuhankan politik.''

Thursday, January 7, 2010

Larangan Kristian guna nama Allah


SUDUT HUKUM

Berikut di atas tadi adalah petikan berita Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009.

Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.

Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.

Setelah melakukan penilaian terhadap pelbagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).

Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan pencipta secara umum.

Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.

Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat daripada hujjah kumpulan yang menolak.

Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada pengertian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.

Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.

TETAPI ..

Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka.

Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.

Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.

Dalam konteks Malaysia menurut perkiraan saya, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama seterusnya boleh membawa pergaduhan yang serius jika gagal dikawal.

Lebih lagi, apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadaan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan KDN untuk melarang.

Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah. Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun hujjah dari sudut mudarat dan kesesuaian konteks di Malaysia, larangan amat patut dilakukan, sama ada untuk tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti semua bahan cetak yang ingin diedarkan itu perlu mendapat kelulusan KDN bagi setaip keluarannya dan juga dilaksanakan sekatan pengedaran secara terbuka (hanya terhad kepada penganut Kristian). Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang sedang lemah, dan ruang konflik antara agama yang amat mudah ternyala api pergaduhan.

Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk UK dan Vatican City di Itali TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negera-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah diskrip menggunakan kalimah Allah bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya.

Cuma kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara arab dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian?. Fikirkan... diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya.

Tuesday, December 15, 2009

Ini fakta bukan AUTA :)

Friday, September 11, 2009

Perlu ke?!!*muka marah*


perlu ke?!stress kt situ.

isu pijak kepala lembu dgn isu baling daging babi dlm masjid.

2-2 perkauman.tapi persoalan.kenapa yg pijak kepala lembu naik court?kenapa baling daging babi xnaik court?

alasan abg Hishamuddin."kita xde saksi & xtao sape yg baling daging babi 2".

inikah pemimpin yg nk bela kita?senang.kes tutup.persoalan lg.kenapa yg berkaitan kaum pendatang di msia PASTI tsunami tahap 3.

kenapa lg.kes kaum melayu dipandang enteng sehina-hinanya.ingat!MALAYsia.terang-terangan nama MALAY kt depan.fikir-fikirkn.

undang-undang ade.lawyer bersepah.hak perlembagaan cukup jelas.tapi.xde pe.

1malaysia.selagi melayu x dibela sepenuhnya jgnlah bermimpi time tdo ptg.nanti giler.

PR.pakatan rakyat.kencing kuat.pulau pinang.selangor.kuil.buah pala.ape kaitan?kaum yg same.salah siapa?

"ana ana mude jgn isap dade",SAMY VELLU katelah.sampai bila.Tun Mahathir pn dh retired.turunla.

"sape masok Unos TRES opps.UMNO.masok neraka", alahai kopiah berat kt kepala.berat lg dosa bg fatwa cmtu.ni pon sme.

ape yg sme?dh TUA.udah2 ler 2.makin TUA maken kebudak-budakan.nyanyuk.

Tuesday, May 26, 2009

PR= Parti Rimba


Inilah yg terjadi kt P.Pinang..xpayah nak bebel panjang..petikan dari utusan msia..blogger-emoticon.blogspot.com

BUKIT MERTAJAM 25 Mei - Calon Bebas, Aminah Abdullah hari ini tampil mendedahkan bukti Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa cuba menyogoknya dengan menawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) atau Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan wang RM88,000.

Menurutnya, jawatan TKM1 Pulau Pinang dan wang RM88,000 itu ditawarkan sekiranya beliau menang atas tiket Bebas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini, tetapi dengan syarat beliau kembali menyertai PKR.

Katanya, jawatan Yang Dipertua MPPP dan wang RM88,000 ditawarkan jika beliau menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Jelasnya, bukti kedua-dua tawaran berserta wang tersebut, iaitu rakaman perbualan bersama dua wakil PKR yang datang menemuinya di rumahnya di Jelutong, Pulau Pinang pada 13 Mei lalu, akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Komtar, Pulau Pinang esok.

"Kalau saya teruskan bertanding (atas tiket Bebas) dan menang, PKR menawarkan jawatan TKM1 tetapi mesti masuk semula ke dalam parti PKR manakala kalau saya tarik diri pula, mereka tawarkan jawatan Yang Dipertua MPPP.

"Kedua-dua tawaran itu disertai dengan ganti rugi RM88,000 kerana itulah jumlah yang telah saya belanjakan untuk berkempen termasuk wang deposit untuk bertanding kerusi DUN Penanti," katanya pada sidang akhbar di Simpang Tiga, Kubang Ulu di sini hari ini.

Pada kira-kira pukul 11.50 pagi ini, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) bertujuan melindungi keselamatan dirinya dan keluarga ekoran pendedahannya itu.

Aminah berkata, dua individu yang mewakili PKR adalah seorang pegawai khas Exco kerajaan negeri dan seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR.

Menurutnya, selain pita rakaman perbualan dalam bentuk cakera padat selama lebih tiga jam, beliau akan menyerahkan kepada SPR gambar-gambar ketika dikunjungi dua wakil PKR itu.

"Saya mendedahkan bukti ini kerana berpegang kepada prinsip dan bukan ditaja mana-mana pihak untuk bertanding atas tiket Bebas, sebaliknya berharap SPR menyerahkan laporan ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

"Saya juga membuat pendedahan bukti hari ini bagi menyahut cabaran yang dilontarkan kepada saya oleh pemimpin PKR negeri,"

Menjelaskan lebih lanjut mengenai tawaran PKR itu, Aminah memberitahu, tawaran tersebut dibuat PKR kerana parti itu tidak yakin calon mereka, Dr. Mansor Othman boleh menang kerusi DUN Penanti.

Skang cukup terang memang xpakai lampu suluh pon..bukti yg jelas PR neh bukan hebat mane pon..mengutuk kerajaan mcmlah diorg bagoos sgt..tapi sebaliknya..cukup bising dlm dewan dan arus media perdana ttg salah laku wang..2x5 je!..xpayah nak cakap orang..tengok diri sendiri dulu wahai petualang bangsa PR..cukup memalukan!..blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, May 19, 2009

Fakta Bukan Auta^.^


Kuala Lumpur -- Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu Paduka Seri Sultan Perak pernah menolak dua kali permohonan Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac tahun lalu.




Beliau berkata permohonan pertama BN adalah untuk membentuk kerajaan negeri di Perak dan keduanya pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunyai majoriti.

1. KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI?



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hanya menyentuh tentang pemecatan Dato’ Seri Nizar yang menurut pandangan Yang Arif Hakim Dato’ Aziz, pemecatan seseorang Menteri Besar harus dibuat melalui persidangan Dewan Undangan Negeri dengan mengemukakan usul tidak percaya.



Yang Arif Hakim telah khilaf di dalam keputusannya dengan tidak mengambil kira tindakan-tindakan ADUN-ADUN yang telah menulis surat kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak memaklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa mereka telah hilang kepercayaan kepada Dato Seri Nizar.



2. MAHKAMAH PUTUS BAHAWA DEWAN DI BUBARKAN?



Mahkamah tidak pada bila-bila masa memutuskan bahawa Dewan seharusnya dibubarkan. Malahan kuasa dan hak untuk untuk membubarkan Dewan adalah kuasa Sultan seperti yang terkandung di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.



Selepas PRU12 yang lalu pada 8 Mac 2008, atas alasan BN memperolehi 28 kerusi berbanding DAP 18, PKR 7 dan PAS 6. Dato Tajol Rosli (MB pada ketika itu) telah mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak memohon BN membentuk kerajaan.



Tuanku Sultan telah menolak permohonan tersebut walaupun BN merupakan parti yang mendapat majoriti, Pakatan Rakyat tidak wujud. Kemudian Dato Tajol memohon pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunyai majoriti! Tuanku Sultan Perak telah sekali lagi menolak!



3. PERLUKAN DEWAN DIBUBARKAN?



Terdapat Majoriti yang memihak kepada Barisan Nasional (BN). Maka Tuanku Sultan tidak perlu membubarkan Dewan sekarang ini di atas tuntutan DAP, PKR & PAS yang diwakili oleh Dato’ Seri Nizar yang hanya mempunyai 28 kerusi sahaja, berbanding dengan BN + Bebas = 31 kerusi (Majoriti mudah).



4. APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN?



Pakatan Rakyat harus menghormati sebarang keputusan yang di lakukan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, selaku Pemerintah Negeri, Mahkamah dan juga Dewan, walaupun keputusan tersebut bercanggah dengan kemahuan mereka.



Janganlah memainkan rakyat untuk kepentingan sendiri.



Sebarang pilihan raya hanya merupakan satu pembaziran wang Rakyat di dalam kegawatan ekonomi sekarang ini. Perbelanjaan pilihanraya bukanlah kecil atau murah sebaliknya menelan belanja berjuta-juta Ringgit, hanya untuk memuaskan nafsu rakus pemimpin Pakatan Rakyat.



***tulisan bersama Abu Bakar As-Sidek Bin Dato Haji Mohd Sidek selaku ahli kumpulan Undang-undang UMNO/BN Perak.

Saturday, April 18, 2009

PR menyusahkan!!

Yeah!memang menyusahkan..pilihan raya yg xabez2..jika diikutkn keadaan semasa sudah 4 pilihan raya kecil diadakan..sangat-sangat membazir DUIT RAKYAT!!..

Kos pilihan raya kecil kt Parlimen Kuala Terengganu ari 2 je..SPR mmblnjakan RM450,000 manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM)..RM16 juta utk keselamatan je!! blogger-emoticon.blogspot.com Untuk Parlimen Bukit Gantang plak..kos pengendalian SPR RM700,000 sementara DUN Bukit Selambau & Batang Air masing-masing RM500,000..Kos yang telah diperuntukkan kpd PDRM utk langkah-langkah keselamatan kt ketiga-tiga pilihan raya kecil itu myb meningkat lbh RM30 juta...gamaknye sampai cm2!!..patutla ekonomi kite xpernah-pernah nk meningkat dgn baek..cuba kite kire balek kalo duit-duit 2 sume digunakan utk meningkatkn ekonomi negara..xkan ade yg merempat kene buang kje o xdpt kje..2 kes laen plak..bnyk sgt PATI..blogger-emoticon.blogspot.com

Alasan yg xle diterima utk buat PR kecil spt kes mantan TM PP..alasan bdo utk fokus kt family n studi..pttnye abezkn studi 2 dl bru menggedik masok politik..ni x..kalo meninggal xpe r jugak wt PR Kecil..memang keperluan dlm perundangan pn..

Satu lg pertimbangan yg boleh kite buat parti-parti bersifat parasit neh sje je nk jadikn trend baru..PR Kecil..maklumlah xdapat nk jd PM..manifesto pn bnyk yg kurap-kurap..blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, April 17, 2009

UseLESS!!


ahha..ari ni mantan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang incik Mohammad Fairus Khairuddin announced die meletakkan jawatan sbg Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuat kuasa ari ni..

ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) neh dlm statement 4 perenggan yg dihantar melalui emel kat Bernama bkate..die wt cm2 bagi membolehkan die fokus kat usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah n mse utk bsame dgn keluarga yg selama neh tpaksa bkorban dlm memenuhi tugasannya...

pe ke hanjengnye..dulu time plhan raye punye lantang bkempenblogger-emoticon.blogspot.com..mnyalak sane-sini..mcm2 manifesto diludah kt rakyat yg time 2 tuli..skang dgn mudah brundur dgn alasan nk studi n fokus kt family blogger-emoticon.blogspot.com..igt maen guli ke pe..penat je stop maen..ni ke pemimpin?..lgsung xde kredibiliti..integriti pn ntah ke mne..sepatutnya jalankn tugas sampai penggal abez..neh boleh plak nk stop sesuke ati dgn alasan yg cukup lahar..dh sampai masenye rkyat sedar..bukak mate 2 luas2blogger-emoticon.blogspot.com..pilih pemimpin tapi bukan pilih parti..neh x..pilih pemimpin yg pandai berak tp xpandai nk pam..blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, March 27, 2009

Keputusan Pemilihan UMNO

Pergerakan Wanita UMNO

Pengerusi Tetap
Tan Sri Napsiah Omar – Menang tanpa bertanding

Timbalan Pengerusi Tetap
Datuk Sharifah Aminahbi Syed Mohd

Ketua Wanita
Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil - 507 undiblogger-emoticon.blogspot.com

Naib Ketua Wanita
Datuk Kamilia Ibrahim – Menang tanpa bertanding

Exco Wanita
1. Hasnah Salam - 520 undi
2. Datuk Maznah Abdul Hamid - 509 undi
3. Datuk Rosni Zahari - 480 undi
4. Datuk Armani Mahiruddin - 463 undi
5. Datin Paduka Norhayati Onn - 463 undi
6. Datuk Norhayati Omar - 432 undi
7. Datuk Rusnah Kassim - 430 undi
8. Marlia Abd Latiff - 416 undi
9. Noriah Mahat - 412 undi
10. Ros Suryati Alang - 405 undi
11. Jamelah A Bakar - 400 undi
12. Suraya Yaacob - 388 undi
13. Azihani Ali - 385 undi
14. Norliza Abdul Rahim - 377 undi
15. Sharifah Azizah Syed Zain - 375 undi
16. Datuk Maznah Mazlan - 374 undi
17. Datuk Azizah Mohd Dun - 371 undi
18. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin - 367 undi
19. Norliza Ahmad - 347 undi
20. Wan Hazani Wan Mohd Nor - 344 undi

PERGERAKAN PEMUDA

Pengerusi tetap
Datuk Abdul Fattah Abdullah - 460 undi

Timbalan pengerusi tetap
Muhammad Yadzan Mohammad - 202 undi

Ketua
Khairy Jamaluddin Abu Bakar - 304 undiblogger-emoticon.blogspot.com

Naib ketua
Datuk Razali Ibrahim - 417 undi

Exco
1. Mohamed Suffian Awang - 653 undi
2. Shafiqurrahman Haji Shamsuddin
3. Sohaimi Shahadan - 541 undi
4. Mohamad Nazim A Samad - 534 undi
5. Mohd Afandi Yusoff - 503 undi
6. Jamawi Jaafar - 471 undi
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak - 471 undi
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin - 455 undi
9. Ahmad Darus - 446 undi
10. Ahmad Zaki Zahid - 446 undi
11. Ali Mazat Salleh - 437 undi
12. Megat Zulkarnain - 436 undi
13. Zuber Zabidi
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin - 419 undi
15. Lokman Noor Adam - 406 undi
16. Syahrin Md Jamaluddin - 404 undi
17. Tun Faisal Ismail Aziz - 402 undi
18. Muhammad Khairun Aseh - 389 undi
19. Mohd Hisamudin Yahaya - 388 undi
20. Mohamad Iruan Zulkefli - 387 undi

PERGERAKAN PUTERI

Pengerusi tetap
Azlieza Azizan - 445 undi

Timbalan pengerusi tetap
Hasspalela Mohammed Hassan - 499 undi

Ketua
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin - 245 undiblogger-emoticon.blogspot.com

Naib ketua
Shahanim Mohamad Yusoff - 353 undi

Exco
1. Mas Ermieyati Samsudin - 604 undi
2. Hasrunizah Hassan - 514 undi
3. Azlinda Zubir - 510 undi
4. Zahida Zarik Khan - 501 undi
5. Asmaiza Aahmad - 498 undi
6. Norhasmizah Mat Tahir - 482 undi
7. Fahariyah Md Nordin - 474 undi
8. Wan Salwati Abdullah - 465 undi
9. Dg Maimunah Sidek - 453 undi
10. Isfarina Mohd Ali - 444 undi
11. Wan Zawiyah Wan Halim - 433 undi
12. Norsabrina Mohd Noor - 426 undi
13. Nor Azita Abdul Rahman - 414 undi
14. Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh - 400 undi
15. Seriwani Sabtu - 395 undi
16. Jamilah Hanim Othman - 388 undi
17. Idamoerni Zakaria - 384 undi
18. Anita Murad - 379 undi
19. Zauyah Zainuddin - 377 undi
20. Rina Mohd Harun - 375 undi

Tuesday, March 3, 2009

New!

juz visit my 2nd blog..http://nasilemaksatukak.blogspot.com/..

Sunday, February 22, 2009

День защитника Отечества


Defender of the Fatherland Day

Holiday observed in Russia & many former Soviet republics..it is celebrated on February 23 evry year..

The holiday marks d date in 1918 during the Russian Civil War when d first mass draft into the Red Army occurred in Petrograd & Moscow..

It was originally known as Red Army Day..In 1949 it was renamed Soviet Army and Navy Day..following d fall of d Soviet Union in 1991..d holiday was given itz current name..

Officially..as d name suggests..d holiday celebrate people who are serving or were serving d Russian Armed Forces (laki & ppuan)..but unofficially, nationally it has also more recently come to include d celebration of men as a whole..and to act as a counterpart of International Women's Day on March 8..

The holiday is celebrated with parades & processions in honor of veterans..and women also give small gifts to d Russian men in their lives..especially husbands (or bf pn boleh jnji laki russian)..fathers & sons..

Consequently..in colloquial usage..d holiday is often referred to as Men's Day..in part due to d large Russian population in St. Louis..Missouri there has been a movement in this area to bring International Men's Day to d America..

In Tajikistan..d holiday is known as Tajik National Army Day..

In Chechnya and Ingushetia this holiday is not celebrated..coz February 23/1944 is d date of d mass deportations of Chechens and Ingush to Central Asia..d entire holiday is extremely controversial for Chechens and Ingush because of the date..

Wednesday, February 11, 2009

Siapa yg berkuasa??..


Hari ini variasi surat khabar..macam-macam media arus perdana melampirkan muka depan dengan cerita di Perak..yg tak asing lagi seorang kapiaq berbangsa Singh ni..Karpal Singh yg sepatutnya dipancung urat merikhnya dan dicampak kepalanya ke sungai Golok(kenape Golok da)..


Siapakah die?..lulusan law dari Uni Singapura(1966) dan ade pendapat yg aku kira macam boleh diterima akal makhluk ni REPEAT exam law sebanyak 10 kali..♬♫♪♩lalalala..kalo amek test JPJ dah kne terajang laju-laju kot(sbb pegawai JPJ naik mnyampah muke sama tak lepas2)..ekekekeke..merupakan ahli Parlimen Bukit Gelugor sejak 2004..pernah eksiden sbb tu pakai wheelchair..patut dah mati makhluk ni..mungkin yg langgar makhluk ni tak tahu die langgar siapa..kalo aku dah lanyak ngan lori taik da..no ♥..ekeke



Isu makhluk ni yg nak menyaman Sultan Perak iaitu DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu(amboih panjang nau name) buatkan satu Malaya(Melayu) naik hangin..BIADAP..LAHABAU..lahanat..*&^%$#*..dia ingat Baginda Sultan Perak tu adik angkat die ke pe nak main saman2..tak sodar-sodar lagi tu yg die nak saman orang yg lagi tinggi ilmu undang-undang dri die..

Masalah utama..banyak laporan Polis dibuat..tapi mana tindakan??..nape tak halau je makhluk ni dari Malaysia??..mencabar kuasa Sultan..mencabar bangsa Melayu..bukti cukup kes selesai dan cukup terbidas utk dinyah dari Malaya..

Masalah pertama..mana bapak Melayu??..senyap??..

Masalah kedua..isu Nizar yg tak reti-reti BM..mungkin mimpi lagi..dah kne lucut jawatan lagi nak "berlumba-lumba ke office MB"..takde ke "malu" an kah??..

Berdasarkan masalah kedua..baginda Sultan Perak telah mempraktikkan keputusan menurut peraturan dengan membenarkan penubuhan kerajaan baru oleh Barisan Nasional apabila baginda mengesahkan dengan menemu-bual setiap seorang wakil BN dan wakil Bebas mengenai pendirian mereka..

Selain itu baginda membuat keputusan berdasarkan perlembagaan negeri Perak yang menyatakan Menteri Besar perlu mendapat sokongan majoriti..Selain itu..keputusan mengenepikan surat letak jawatan tiga orang ADUN itu bedasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam kes yang serupa..yang menetapkan bahawa surat yang ditandatangan lebih awal (presign letter) tidak sah..

Maka..mengikut 3 bahagian di dalam keseluruhan peruntukan Fasal 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan(amboih amek medic tapi blaja law)ekeke:

1. Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN..sila ambil perhatian bahawa tidak dinyatakan di sini bagaimana atau prosiding apakah yang wajib untuk menentukannya..
2. Menteri Besar tersebut hendaklah meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri ("Exco") termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco..wordz "hendaklah" bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan..
3. Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan..ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan Menteri Besar memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan..Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan Menteri Besar..Tetapi yang pastinya ada peruntukan 18 (2)(b) untuk baginda menggunakan budi bicaranya..

Mengikut Fasal 18 (2)(b) pula, bagi memastikan tindakan baginda adalah mengikut bidang kuasa sedia ada ke atas baginda, Paduka Seri Sultan Perak telah menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak berdasarkan budi bicara dan penilaian sendiri) yang ada pada baginda di bawah peruntukan 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh Menteri Besar..

Ini dinyatakan dan digunapakai bagi menunjukkan kuasa yang ada pada dri baginda adalah bukan sekadar untuk berfungsi sebagai "rubber-stamp" apabila Menteri Besar membuat permintaan untuk pembubaran pada bila-bila masa.

Jika anda mempunyai mata & akal serta mumaiyiz..maka anda dapat menilai yg mana betul dan yg mana salah..

Satu teguran..terutama pelajar-pelajar bangsa Melayu..lagi-lagi yg ditaja dan yg terutama kat IPTA tu..janganlah dok sibuk kutuk kerajaan..buat reformasi ke..perhimpunan haram ke..sedar lar ckit korang blajar guna duit siapa??..dekat mana??..kalo takde IPTA-IPTA dan tajaan-tajaan ni takde maknanya korang nak merasa dapat belajar cm org lain..jangan mudah lupakan jasa..jgn jadi seperti kacang lupakan kulit..

Sunday, February 8, 2009

Jangan Derhaka Oih Orang Melayu!!


Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – DR. MAHATHIR MOHAMAD (Bekas Perdana Menteri)

Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda pakatan pembangkang dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan. Ia adalah amat memalukan, raja perlu dihormati. – MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO)

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, institusi raja dilibatkan begitu agresif sehingga ke peringkat perundangan hanya akibat daripada kekecewaan politik segelintir pihak. – DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Seolah-olah kita (orang Melayu) jadi patung wayang kulit, Karpal Singh pula menjadi `tok dalang’, manakala Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengadu domba. – JAMALUDIN YUSOF (Presiden Pekida)

Tindakan Karpal Singh itu seolah-olah cuba menjolok sarang tebuan. Beliau boleh membawa kes tersebut ke mahkamah namun implikasi yang akan ditanggung nanti begitu besar kerana orang Melayu tidak akan berdiam diri. – IBRAHIM ALI (Presiden Perkasa)

Anwar dan Karpal sama sahaja, misi mereka untuk menjatuhkan kerajaan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memalukan kaum Melayu. Tindakan mereka membuktikan pembangkang berada dalam keadaan paling tertekan dan kehabisan idea untuk menipu rakyat. – FERIZ OMAR (Presiden Prowaris)

Friday, February 6, 2009

Politik Malaysia makin JIJIK + rakyat makin TERTIPU..


Ape lagi nak dikata..macam-macam isu politik skang neh..isu kat Perak yg aku kira PR & Kerajaan masing-masing ibarat tidur nyenyak sampai mimpi basah banjir satu rumah..
(pe kaitan da)..ekekeke..

Al maklumlah banyak sangat auta yg cukup dangkal aku baca dari segala macam jenis artikel yg macam belacan autanya..cukup busuk..tapi sedap bila dimakan(dibaca)..ayat-ayat nukilan cukup bombastik mengalahkan ayat cikgu BM..bukan apa..

Sekadar teguran..janganlah hanya pandai menulis mengikut kepala tanpa fakta yg realistik..ini bg fakta yg dalam media arus perdana pun takde..auta je lebih wtpe??..walaupun peratus rakyat Malaysia yg berpendidikan makin bertambah..tapi tahap keterbukaan tu masih kurang lagi..nak "kencing" pun janganla hancing sangat..pendapat tetap pendapat..tapi perlulah berlandaskan kepada kebenaran..salah fakta salah ajaran salah jalan..

Bloggerz bersuara..

ISU hangat senario politik yang berlaku di Perak beberapa hari ini mendapat perhatian penulis-penulis blog malah jika dilihat daripada beberapa direktori blog seperti Voice of Bloggers, Penggabung Suara atau Debat Rakyat setiap minit ada sahaja blog-blog yang dikemas kini.

Perkembangan politik Perak itu mendapat perhatian penulis-penulis blog mapan yang prokerajaan, propembangkang mahupun pemerhati politik. Malahan sesetengah blog peribadi turut menyentuh mengenainya.

Penulis blog Jed Yoong (jedyoong.com) misalnya memberi pandangan bahawa untuk menjadi kerajaan atau ahli politik bukan umpama satu permainan atau kerjaya korporat tetapi tanggungjawab untuk mentadbir negara supaya rakyat makmur, aman dan gembira.

"Lebih 50 tahun selepas merdeka, saya dapati bahawa sikap ahli-ahli politik tidak ada apa bezanya daripada penjudi-penjudi di Genting Highlands. Menjadi calon dilihat sebagai tiket untuk menimbun harta atau tunjuk power (kuasa). Ini lebih kurang macam main roulette di Genting," tulisnya.

Katanya: "Apa pun yang terjadi dah terjadi. Usahlah berdemo ataupun derhaka terhadap titah Sultan Perak. Mari kita renung mengapakah ini terjadi dan cara untuk mengelaknya daripada berulang lagi, jika boleh."

Namun di sebalik perkembangan politik di Perak, banyak juga hal-hal berkaitan peristiwa semasa lain yang ditulis oleh penulis-penulis blog.

Penulis Ahirudin Attan misalnya telah memaparkan satu petisyen oleh penganut agama Kristian yang ditujukan kepada Pope Benedict XVI berhubung penggunaan nama Allah yang dimuatkan dalam blognya rockybru.blogspot.com pada 3 Januari lalu.

Petisyen ini turut dimuatkan dalam blog Jebat Must Die (jebatmustdie.wordpress.com) dan mendapat perhatian beberapa pembaca blognya untuk membahaskan mengenai penggunaan nama Allah tersebut.

Isu tabika Kemas yang dikunci turut mendapat perhatian beberapa penulis blog.

Penulis Syed Imran melalui blognya kudaranggi.blogspot.com kesal isu tabika Kemas telah dipolitikkan sehingga kanak-kanak yang tidak tahu menahu menjadi mangsa.

Tulisnya: "Apakah orang yang mengunci dengan menggunakan rantai motosikal itu tidak mempunyai anak, atau orang yang mengarah perbuatan tersebut tidak mempunyai anak atau adakah mereka tidak berhati perut?

"Mereka sanggup melihat kanak-kanak duduk atas tikar dan terdedah kepada sinaran matahari dan debu-debu yang berterbangan tanpa belas kasihan. Apa dah jadi dengan sifat-sifat kemanusiaan?"

Shadan Othman dalam blognya anakmelakajati.blogspot.com turut menyentuh isu tadika Kemas yang dikunci sehingga menjejaskan peluang anak-anak untuk belajar.

Tulisnya: "Hentikanlah tindakan bermotifkan politik. Jangan jadikan anak-anak cilik yang tidak faham maksud politik dipolitikan. Izinkan mereka menuntut ilmu dalam suasana selesa."

Satu lagi blog yang menarik perhatian ialah hasil penulis bernama Zaini dari Lipis, Pahang. Dalam blognya itu lipis-zaini.blogspot.com, penulis memaparkan kisah-kisah yang berlaku di kampungnya selain catatan peribadi kehidupan sehariannya.

Sebagai contoh dalam pos terbarunya dipaparkan satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta yang terjunam di dalam sebuah longkang.

Walaupun tidak dinyatakan nasib pemandunya tetapi melalui blog itu, kini ramai yang tahu kejadian-kejadian yang berlaku yang tidak dimuatkan di dalam media massa.

Malah seorang pembaca blognya memberi komentar: "Tahniah kerana saudara banyak sekali menulis mengenai keadaan tempatan. Sebenarnya kadang kala jemu juga membaca kisah politik di blog yang banyak di tempat lain.

Oleh itu untuk menghilangkan kebosanan, baik kita bertukar-tukar kisah kampung masing-masing."

Thursday, February 5, 2009

BN kembali kuasai Perak



o_0..im happy with that newz..dengan keluarnye 3 orang YB pembangkang iaitu ADUN Behrang..Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering..Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dari Parti Keadilan Rakyat dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP) menjadi wakil rakyat Bebas.

Tapi yg tak boleh blah ahli YB neh..main2 lompat parti..iaitu ADUN Bota (kampung bapak aku)..Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR, kembali semula kepada UMNO..

BN kini mempunyai 28 kerusi, pakatan pembangkang juga 28 kerusi dan Bebas 3 kerusi..

*_+..naseb baeklah Kerajaan tak kuatkuasakn lagi perlembagaan lompat parti tak dibenarkan..



yg mamat neh plak Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin(MB yg heck) still tak mau turun..dah r memalukan orang Melayu pasal tanah..degil plak tu..ish3..