Tuesday, May 19, 2009

Fakta Bukan Auta^.^


Kuala Lumpur -- Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu Paduka Seri Sultan Perak pernah menolak dua kali permohonan Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac tahun lalu.




Beliau berkata permohonan pertama BN adalah untuk membentuk kerajaan negeri di Perak dan keduanya pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunyai majoriti.

1. KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI?



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hanya menyentuh tentang pemecatan Dato’ Seri Nizar yang menurut pandangan Yang Arif Hakim Dato’ Aziz, pemecatan seseorang Menteri Besar harus dibuat melalui persidangan Dewan Undangan Negeri dengan mengemukakan usul tidak percaya.



Yang Arif Hakim telah khilaf di dalam keputusannya dengan tidak mengambil kira tindakan-tindakan ADUN-ADUN yang telah menulis surat kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak memaklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa mereka telah hilang kepercayaan kepada Dato Seri Nizar.



2. MAHKAMAH PUTUS BAHAWA DEWAN DI BUBARKAN?



Mahkamah tidak pada bila-bila masa memutuskan bahawa Dewan seharusnya dibubarkan. Malahan kuasa dan hak untuk untuk membubarkan Dewan adalah kuasa Sultan seperti yang terkandung di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.



Selepas PRU12 yang lalu pada 8 Mac 2008, atas alasan BN memperolehi 28 kerusi berbanding DAP 18, PKR 7 dan PAS 6. Dato Tajol Rosli (MB pada ketika itu) telah mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak memohon BN membentuk kerajaan.



Tuanku Sultan telah menolak permohonan tersebut walaupun BN merupakan parti yang mendapat majoriti, Pakatan Rakyat tidak wujud. Kemudian Dato Tajol memohon pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunyai majoriti! Tuanku Sultan Perak telah sekali lagi menolak!



3. PERLUKAN DEWAN DIBUBARKAN?



Terdapat Majoriti yang memihak kepada Barisan Nasional (BN). Maka Tuanku Sultan tidak perlu membubarkan Dewan sekarang ini di atas tuntutan DAP, PKR & PAS yang diwakili oleh Dato’ Seri Nizar yang hanya mempunyai 28 kerusi sahaja, berbanding dengan BN + Bebas = 31 kerusi (Majoriti mudah).



4. APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN?



Pakatan Rakyat harus menghormati sebarang keputusan yang di lakukan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, selaku Pemerintah Negeri, Mahkamah dan juga Dewan, walaupun keputusan tersebut bercanggah dengan kemahuan mereka.



Janganlah memainkan rakyat untuk kepentingan sendiri.



Sebarang pilihan raya hanya merupakan satu pembaziran wang Rakyat di dalam kegawatan ekonomi sekarang ini. Perbelanjaan pilihanraya bukanlah kecil atau murah sebaliknya menelan belanja berjuta-juta Ringgit, hanya untuk memuaskan nafsu rakus pemimpin Pakatan Rakyat.



***tulisan bersama Abu Bakar As-Sidek Bin Dato Haji Mohd Sidek selaku ahli kumpulan Undang-undang UMNO/BN Perak.

0 comments: