Friday, January 30, 2009

eeEeeEHHHee..


ekekeke..isu ni dah lama tapi baru skang MARA nak amik tindakan..

mungkin complain dah makin banyak kot..ekeke..

isu ni pun melibatkan aku & rakan2 time kat satu IPTS milik tokey Melayu neh..

melibatkan kontrak & salah guna kuasa dalaman..kikiki..


Pelajar perlu hati-hati tawaran tajaan atas nama Mara
30/01/2009 5:09pm

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) menasihati ibu bapa dan pelajar supaya berhat-hati dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)yang menggunakan nama Mara dalam menawarkan pembiayaan pelajaran.

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Mara, Hanisah Omar berkata terdapat kes mengenai penyalahgunaan nama Mara oleh IPT tempatan dalam menawarkan pembiayaan pelajaran.

“Mara sedang menyiasat kes ini. Orang ramai perlu tampil untuk memberi maklumat bagi membantu kami menyelesaikan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ibu bapa dan pelajar boleh menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran Mara di talian 03-26915111 sambungan 619/3620/3631/3985/1155/1114/1122 untuk pengesahan terhadap sebarang bentuk tajaan Mara. - Bernama

0 comments: