Thursday, October 30, 2008
Muslim sejati..
"Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu." Riwayat Ibnu Abi Dunya..
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya." Para sahabat bertanya lagi, "wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah "ialah orang yang takbur." Riwayat at-Tarmizi..
Berdasarkan hadis di atas aku kira cukup mudah nak faham..walaupun tak disebut tentang kealiman seseorang tapi ia cukup untuk memahamkan sesiapa je tentang banyak bercakap macam tin kosong..bunyi kuat tapi kosong..lepas tu rasa angkuh dengan amal ibadat yg tak seberapa dan sombong..rasa diri tu betul sangat dan tak perlu nak fikirkan pendapat dan perasaan org lain..diz type of pipel should die at d end with d whole coffin full of scorpion..
ANTARA kaedah yang digunakan Nabi Muhammad s.a.w dalam memberikan tunjuk ajar kepada umatnya ialah tidak menjuruskan ucapan kepada orang yang bersalah dengan menyebut kesalahannya.
Baginda biasanya membuat teguran dengan menggunakan lafaz yang ditujukan kepada orang yang tidak ada dalam majlis atau dengan lafaz umum boleh didengar oleh orang ramai, seperti “kenapakah kaum itu melakukan itu... dan itu?”
Pernah satu ketika Nabi s.a.w memerintah seorang daripada suku Bani Asad (untuk memungut zakat). Ada pendapat mengatakan namanya ialah Ibn Allutbiyyah. Apabila dia datang menemui Nabi, dia berkata: “Ini untuk kamu dan ini untuk diriku.”
Rasulullah s.a.w berdiri di atas mimbar lalu memuji Allah dan bersabda: “Kenapakah seorang amil yang aku utuskan (untuk memungut zakat dan sebagainya) berkata ini ialah untuk kamu dan ini dihadiahkan untukku. Kalaulah dia tinggal di rumah bapanya adakah hadiah itu diberikan kepadanya atau tidak? Dan demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, tidak ada seorang pun di antara kamu mengambil sesuatu daripadanya hanyalah dia datang pada hari kiamat membawanya di atas bahunya.” (Muslim, kitab al-Imarah)
Arahan yang dilakukan secara tidak langsung itu me nunjukkan baginda menghormati manusia sebagai anak Adam dan sedar tujuan perundangan ialah untuk mem perbaiki bukan memburukkan seseorang, kerana membu rukkan seseorang yang bersalah itu boleh mendorongnya supaya berterusan melakukan kesalahan.
Baginda pernah memarahi sahabatnya, Khalid bin al-Walid apabila dia mencaci seorang wanita yang berzina dari Bani Ghamid ketika baginda menjalankan hukuman rejam ke atas wanita itu.
Tindakan Nabi ini adalah implimentasi secara praktikal terhadap kejernihan jiwa dan kebersihan lidah yang terhindar daripada percakapan cabul dan mencela walaupun kepada seteru.
Apabila baginda luka pada hari peperangan Uhud dan darahnya mengalir, sahabat berkata kepada baginda: “Ka laulah engkau mendoakan ke atas mereka (supaya sesuatu bala menimpa mereka), lalu baginda bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya aku tidak diutuskan sebagai seorang yang melaknat, tetapi aku diutuskan sebagai pendakwah dan rahmat, wahai Tuhanku berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”
Orang Islam datang menemui Rasulullah s.a.w untuk ber tanya berhubung perkara agama serta dunia dan sering kali al-Quran memberikan jawapan.
Ada lima belas tempat di dalam al-Quran yang menyebut soalan serta jawapannya, antaranya ayat 215, surah al-Ba qarah, maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah ianya dibelanjakan?) Katakanlah; apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan, maka berikanlah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin dan orang musafir (orang yang terlantar dalam perjalanan).”
Kebanyakan ayat ini ialah ayat Madaniyah (ayat yang diturunkan di Madinah) dan surah al-Baqarah adalah surah yang pertama diturunkan di Madinah. Surah ini adalah surah yang paling banyak mengandungi soalan serta jawapan kepada persoalan terbabit.
Ini kerana orang Islam pada masa itu ingin mengetahui banyak perkara berkaitan dengan masyarakat baru Islam yang menjadi asas kepada kekuatan negara Islam yang baru lahir itu.
Jika al-Quran tidak mengemukakan jawapan kepada segala persoalan yang dikemukakan oleh orang Islam, sudah tentu Nabi s.a.w memberikan jawapan dengan jawapan yang boleh memberikan manfaat kepada mereka di dunia dan akhirat.
Baginda memberikan jawapan lengkap kepada semua per soalan, sama ada secara ringkas atau lebih lanjut mengikut keperluan. Baginda tidak membiarkan orang yang bertanya dalam keadaan tidak berpuas hati atau membiarkan mereka tanpa mengetahui walaupun satu aspek daripada persoalan yang diajarkan.
Wednesday, October 29, 2008
Onani?..
“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7).
Al-’adiy ertinya orang yang zhalim yang melanggar peraturan-peraturan Allah.
Di dalam ayat di atas Allah memberitakan bahawa barangsiapa yang tidak bersetubuh dengan isterinya dan melakukan onani, maka bererti dia telah melampaui batas; dan tidak syak lagi bahawa onani itu melanggar batasan Allah.
Maka dari itu, para ulama mengambil kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa kebiasaan tersembunyi (onani) itu haram hukumnya. Kebiasaan rahsia itu adalah mengeluarkan sperma dengan tangan di saat syahwat bergejolak. Perbuatan ini tidak boleh dia lakukan, ini kerana ia mengandungi banyak bahaya sebagaimana dijelaskan oleh para doktor kesihatan. Bahkan ada sebahagian ulama yang menulis kitab tentang masalah ini, di dalamnya dikumpulkan bahaya-bahaya kebiasaan buruk tersebut. Kewajipan anda, wahai orang yang bertanya, adalah mewaspadainya dan menjauhi kebiasaan buruk itu kerana sangat banyak mengandungi bahaya yang sudah tidak diragukan lagi, dan juga kerana bertentangan dengan makna yang jelas dari ayat al-Qur’an dan menyalahi apa yang dihalalkan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya. Maka dia wajib segera meninggalkan dan mewaspadainya. Dan bagi sesiapa sahaja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khuatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaklah segera menikah, dan jika belum mampu hendaklah berpuasa, sebagaimana arahan
Rasulullah SAW,
“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih).
Di dalam hadits ini baginda SAW tidak mengatakan: “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah dia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi baginda SAW mengatakan: “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.”
Pada hadits tadi Rasulullah SAW menyebutkan dua hal, iaitu:
Pertama, Segera bernikah bagi yang mampu.
Kedua, Meredakan nafsu syahwat dengan melakukan puasa bagi orang yang belum mampu bernikah, kerana puasa itu dapat melemahkan godaan dan bisikan syaitan.
Maka hendaklah anda, wahai pemuda, beretika dengan etika agama dan bersungguh-sungguh di dalam berupaya memelihara kehormatan diri anda dengan nikah syar’i sekalipun harus dengan berhutang atau meminjam . Insya Allah, Dia akan memberimu kecukupan untuk melunasinya. Bernikah itu merupakan amal shalih dan orang yang bernikah pasti mendapat pertolongan, sebagaimana Rasulullah tegaskan di dalam haditsnya,
“Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah SWT: al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).
Rujukan:
Fatwa Syaikh Bin Baz, dimuat di dalam majalah al-Buhuts, edisi 26, hal. 129-130.
Disalin dari buku Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 1, penerbit Darul Haq.
Alamat mimipi..
(Muslim)
Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu yang akan berlaku. Contohnya, Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan Idul Adha. Nabi Ibrahim a.s bermimpi, lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya, Ismail, "Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu?" (as-Shaffat: 102). Kerana yakin mimpi itu datang daripada Allah S.W.T, maka nabi Ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan. Allah menghargai kesetiaan hamba-hamba-Nya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas. Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada bapanya nabi Ya'qub,"Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadaku." (Yusuf: 4). Ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi Yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak. Namun mimpi bagi insan yang jauh dari keimanan kebanyakannya datang daripada syaitan. Jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar mereka yang jauh daripada kebenaran (hidayah) itu kembali dekat kepada-Nya.
Tips murah rezeki..
1. BERSEDEKAH
orang yang pemurah(suka bersedekah, menderma,menolong orang)Allah S.w.t murahkan rezekinya.Berdasrkan ayat al-Quran:
Ertinya" perumpamaan mereka yang mendermakan harta bendanya di jalan Allah, ibarat menanam sebiji benih akan menumbuhkan tujuh pokok dan tiap-tiap pokok (membuahkan) seratus biji, dan Allah selalu melipat gandakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki,dan Allah Maha Luas (anugerah-Nya) lagi Maha Mengetahui"
(Al-Baqarah:261)
2. MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN TAUBAT
salah satu sebab penting dan memudahkan datangnya rezeki adalah "istighfar" dan "taubat".
3. MEMILIKI SIFAT TAQWA
sifat taqwa adalah "menahan diri dari dosa"iaitu meninggalkan segala larangan.
Dalil menunjukkan taqwa dan kunci murah rezeki:
Firman Allah S.w.t:
ertinya"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menggandakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki yang tiada disangka-sangka"
(At-Talaq:2-3)
4. BERTAWAKAL
5. MENYEMPATKAN DIRI UNTUK BERIBADAH
Maksudya, bukan hanya beribadah sahaja tanpa bekerja. Tetapi memperuntukan waktu untuk beribadah dalam kesibukan bekerja.
6.MENGERJAKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH
Melaksanakannya adalah termasuk amalan yang Allah jadikan sebagai kunci pembuka rezeki. Imam An-Nasa'i meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata bahawa Rasulullah bersabda:
"Ikutkan antara haji dan umrah, sesungguhnya keduanya menghapuskan kefakiran dan dosa-dosa sebagaimana dapur api membersihkan kotoran besi"
7.BERSILATURRAHIM
8.BERHIJRAH DIJALAN ALLAH
Ertinya, berhijrah di jalan Allah ialah keluar daripada kekufuran kepada jalan keimanan.
9.BERBUAT BAIK KEPADA ORANG-ORANG YANG LEMAH
10.MENDERMA KEPADA PARA PENUNTUT ILMU AGAMA
11.MENGAMALKAN AYAT SERIBU DINAR
Tuesday, October 28, 2008
Masalah aurat wanita..
Sebahagian wanita menyangka menutup aurat itu hanya dengan menutup rambut. Ia tidak tepat.
Asasnya daripada firman Allah S.W.T : "Hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kami, kecuali apa yang terzahir." ( An-Nur : 31 )
Pengertian khumr(tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala manakala apa yang disebut 'juyub' - kata jama' daripada kata jaibun - iaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian atau baju.
Setiap wanita Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya, termasuk leher sehingga semua tempat yang boleh membawa fitnah tertutup daripada perkara yang menungkinkan dilihat orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr. Yusof Al-Qaradawi, yang dimaksudkan 'perhiasan wanita' dalam ayat itu pula ialah apa yang dipakai berhias untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut, dan potongan tubuh, mahupun buatan seperti pakaian, perhiasan dan solekan.
Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan wanita menyembunyikan perhiasan berkenaan dan bukan ditunjukkan dengan jelas. Allah SWT tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir...
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)
Buat sahabat2 kt luar sne tu share2 lar pe2 yg baik2..Sekadar perkongsian..Buat iktibar dan pedoman semua muslimah diluar sana...
Monday, October 27, 2008
KJ: tiada karpet merah kali ini..
Khairy Jamaluddin bolehlah diibaratkan sebagai bintang yang bersinar secara tiba-tiba umpama dipaksa-paksa tanpa diminta. Beliau mendaki puncak populariti sebagai ahli politik tanpa perlu mengeluarkan 'peluh' yang banyak. 2) Khairy yang dilahirkan pada 10 Januari 1976 di Bandaraya Kuwait, Kuwait adalah anak tunggal kepada Dato' Jamaluddin Abu Bakar (bekas diplomat) dan Dato' Rahmah Abdul Hamid.
Pengajian menengahnya adalah di Singapura sebelum berjaya memperoleh Ijazah Falsafah, Politik dan Ekonomi daripada Universiti Oxford (Kolej St. Hugh). Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana dengan penjurusan teori undang-undang dan politik daripada UCL.
Kerjaya awal Khairy di penghujung 1990-an adalah sebagai penulis bagi majalah 'The Economist' sebelum bertugas sebagai pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi).
Khairy menikahi anak Abdullah iaitu Nori pada bulan Oktober, 2001.
Beliau menang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 2004 (berusia 28 tahun !) tanpa bertanding. Dunia politik Malaysia masih ingat lagi betapa kesemua calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut seolah-olah telah 'digari' dan 'terpasung' segalanya, gagal meraih pencalonan yang cukup dan dikuatkan lagi dengan 'suara-suara ghaib' yang memujuk supaya mereka berundur diri serta menyerah kalah awal-awal. Khairy umpama disediakan 'karpet merah' secara automatik untuk mengisi jawatan tersebut.
Di atas kapasitinya sebagai orang nombor dua Pemuda UMNO, beliau diberikan tiket untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Umum 2008 bagi Parlimen Rembau, tempat asal-usul keluarganya. Kini Khairy bergelar Yang Berhormat Rembau. YB KJ !
Kini Khairy mengidamkan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Beliau 'WAJIB' menang jawatan tersebut untuk meneruskan 'survival' politiknya. Beliau masih muda, bakal berusia 33 tahun pada tahun 2009. Sudah semestinya Khairy 'mengidamkan' sesuatu yang lebih 'besar' untuk masa hadapannya. Benar atau tidak, ada cakap-cakap politik yang mengatakan bahawa Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini juga menaruh harapan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum mencecah usia 40 tahun !
Tapi kali ini Khairy tidak disediakan 'karpet merah' secara automatik. Bapa mentuanya sendiri telah diketahui umum tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus membawa erti bahawa 'title' beliau sebagai menantu Perdana Menteri juga akan terhakis menjelang Mac 2009 nanti. Sentimen 'terpaksa' menyokong Khairy sudah kelihatan mula beransur pulih.
Peringatan: PKR itu pasukan kencing rakyat..
Pertama sekali aku bukan nak bmadah tentang pasukan ini..tapi aku nak ingatkan umat manusia terutama yg taksub kat pasukan ni supaya sedar..ni bukan 'auta" tapi fakta..manifesto yg ibarat janji atas angin ni patut dijadikan kayu pengukur tahap penipuan agung pemerintahan mereka iaitu kat negeri selangor..semakin lama mereka memrintah semakin hancing selangor & semakin tinggilah peratusan negeri ini menjadi pengeksport gas ammonia yg bkualiti..(pe aku merepek ni)..baca & fikir2kanlah..:
a. janji potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% untuk premis perniagaan.
b. elaun anak tadika RM 50 seorang sebulan
c. Elaun anak pusat asuhan kanak-kanan, RM 75 sebulan
d. elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
e. elaun khas ibu tunggal
f. bantuan kewangan untuk anak muda berkahwin
g. bantuan geran untuk perniagaan
h. memberi sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri
i. membiayai rawatan percuma untuk warga Selangor yang berusi 60 tahun ke atas dan banyak lagi..
Aku rasa manifesto ni kalo kat timor laste pun tak logik..seterusnya langkah bendul dengan menaikkan Paras Garis Kemiskinan melebihi 100% (dari RM731 ke RM1500) tidak bermakna satu tindakan yang telah mengubah kebajikan rakyat atau “household”.. Ianya hanya mampu mengubah rupa bentuk stastistik tapi bukan keadaan fizikalnya..sebenarnya tiada apa yang perlu dibanggakan dengan “figure”..mungkin ia hanya mampu meramaikan bilangan rakyat miskin dalam stastistik.. misalnya pendapatan household dulu RM732.00 dikategori tak miskin tapi kini hosehold yang berpendapatan RM1,499.99 dikira miskin..cumanya rakyat yang berpendapatan RM1,499.99 kini layak mendapat “pertolongan” yang dilayaki oleh orang miskin..sekaligus bermakna ramailah rakyat Selangor yang dulu dikategorikan tak miskin, kini menjadi miskin. So its just a statistical manipulation. Apa muslihatnya?..adakah sekadar memperlihatkan bahawa sebenarnya rakyat selangor ramai yang menjadi miskin kini atau “Jabatan yang handle kemiskinan perlu peruntukkan besar unruk bantu rakyat miskin”..household di KL dengan RM2,000.00 sebulan masih merasa melarat, so, apa yang dibangga-bangakan dengan perubahan PGK ini?..
Malangnya, keberanian tersebut tidak pula diikuti dengan langkah berani mengatasi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan isi rumah.
Sunday, October 26, 2008
Melayu: Racist?
Post kali ini aku rasa satu malaysia pun tahu apa isu yang hangat..isunya Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail membuat kenyataan yang orang cina ni pendatang kat malaysia..keengganan beliau untuk meminta maaf sepatutnya kita tabik coz beliau merupakan melayu sejati pada aku..buat apa nak takut dan nak tunduk dengan kaum lain dengan hanya isu picisan je ni..lagipun memang dalam sejarah pun dah tertulis kaum2 picisan ni adalah kaum pendatang..sebab pak2 Melayu kita pada zaman dulu baik sebab tulah kaum2 picisan ni dapat kewarganegaran r, hak tu r, hak ini r..skang nak naik kepala plak..sepatutnya berterima kasih dekat pemimpin2 Melayu dan bangsa Melayu yang sanggup kongsi SEDIKIT ye segala apa yang ade kat Malaysia ni..tapi kaum2 picisan ni tak tahu bersyukur..bagi peha nak betis..
Korang ingat tak isu Kerajaan hantar seorang Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan Cina kerana kononnya wanita rakyat negara Cina telah ditelanjang oleh polis dan ini direkod dalam video. Kemudian didapati wanita itu bukan rakyat negara Cina dan bukan pun Cina Malaysia. Dia adalah seorang perempuan Melayu. Haa..akibat taksub sangat nak mintak maaf sampai jadi macamtu..patutnya check r dulu..ni main hentam keromo je..
Tapi yang aku paling tak puas hati, apabila orang yang bukan Melayu mengeluar perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai racist, orang Melayu tidak pernah tuntut supaya pihak berkuasa memohon maaf. Apakah ini menunjukkan bangsa kita bangsa Melayu ditindas di negara sendiri?..lagi satu isu apabila Bar Council buat satu forum yang hangguk pasal Islam dan tiada satu pun tindakan undang2 hasutan ataupun ISA diambil..amboi!kalo orang Melayu buat ceramah agama dikatakan politik ditangkap..terus masuk ISA..di manakah keadilan?..
Lagi satu yang tidak boleh diterima akal mana hilangnye Datuk Zaid Ibrahim de-facto Menteri Undang2 yang kononnya nak agung2kan sistem kehakiman negara..waa sentap!bila isu ni timbul senyap!..
Lagi satu isu, dalam Memo Hindraf ke Perdana Menteri UK banyak perkataan yang terlampau dan racist terdapat didalamnya. Contoh:
- Kerajaan dikatakan dibantu oleh "Islamic Extremist violent armed terrorists" (orang Melayu)
- Mereka berkata Kerajaan Malaysia melakukan "Ethnic Cleansing" iaitu Kerajaan sedang membunuh dan menghapuskan orang Tamil.
- 100 orang keturunan India "ditetak dan dibunuh oleh Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO." Perbuatan ini kononnya adalah "mini genocide" (pembunuhan beramai-ramai mini)
- Tiap tiga minggu kuil Hindu diroboh.
- Kerajaan yang kononnya dikuasai oleh UMNO telah lancar serangan bersenjata dengan 600 anggota polis, polis simpanan, pelampau Islam dan pengganas (terrorist) bersenjata (orang Melayu).
- Pegawai Bandaraya dan Polis dikatakan membaling batu dan menyerang orang Hindu dengan pisau, kayu dan batang besi. Kononya 20 orang Hindu mengalami cedera parah.
Lagi satu kes pelajar, seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta. Kepala betul mamat ni..nak je aku main2kan agama ko..persoalannya skang..kenapa kaum2 picisan ni bila buat salah bangsa Melayu dan pemimpin Melayu tidak bersuara untuk mereka meminta maaf???..takut??..ni negara kita..jika kita terus senyap kaum2 picisan ini r yang akan menjadi lebih lahar dengan perbuatan mereka..takkan kita nak melayu hilang di dunia..sedangkan Hang Tuah pun ckp takkan melayu hilang di dunia..tu masa dulu..tapi skang macamne??..
Soalnya kenapakah Kerajaan berat sebelah, menyembunyi kata-kata racist Hindraf tetapi melapor dengan meluas apa yang dikatakan oleh pemimpin Melayu. Kenapakah Menteri keturunan India atau ketua-ketua kaum India tidak dikehendaki memohon maaf?
Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil PRU 2008, tetapi ia menjadi amat buruk.Ni adalah antara selit-selitan dari tulisan TDM yang aku sanjungi kerana ketegasan beliau..
Sebagai bangsa Melayu yang masih berfikiran waras fikir-fikirkanlah..ni tanah tumpah darah kita..sanggupkah kita nak menjual harta pusaka kita ni dengan kaum2 picisan yang banyak mulut..bangunlah orang Melayu..jangan sampai Malaysia ini jatuh kat tangan kaum2 picisan dan PENGKHIANAT BANGSA!..
Finale Orientation 2008
Akhirnyaaa..penat lelah aku mengangkang & melentukkan kaki berakhir gak pagi tadi..huu tu pun hancur!..haa dance melayu, cina & india..
Tapi yg lagi besh coz group "light blue" aku menang..haha dari buat cheer sampailah bola sepak kain pelekat group aku menang..tapi cheer aku rase kalah kot..pe2 pun besh..juz yg tak besh MC utk event ni xbesh langsung..tak fun langsung & PA System pun tak clear..cam cakap kat dalam gua..majlis pun boring giler..patutnye time takde pe2 persembahan @ game bukak lar lagu ke ape ke..ni senyap je..arrangement majlis pun aku rasa worse..cam takde tentatif..but average agak boleh bla lar..
Api!!api!!..
Ceh..aku ingatkan tbakar satu bangunan..rupenye satu bilik je..ribut cam kne tsunami..bomba yg datang plak macam 10 bangunan yg tbakar..
Tak silap aku lar..23 okt da day (padahal date dah ade kat pic tu)..aku baru je balik dari ashan..baru pas mandi & tak leh bla baru je letak kuali kt stove..jiran aku dah huru-hara macam highland towers nk runtuh lagi skali.."bro!aku tak mau mati bro!"..haha..yg sorang lagi kelam kabut cari wallet..maklumlah ade 10 juta kot dalam wallet tu..aku perli je.."asal tak angkut je luggage terus g airport macha?!"..huhu..
Tapi yg kesiannya bilik member aku kot yg tbakar..bilik kavita..suis punya pasal kalo tak silap aku lar..habis hitam satu bilik..nasib baik die tak terbakar..kalo tbakar agaknye CSI pun tak tau anak sapa lar ni kn..haha (moral : pakai lar fare & lovely)..
Friday, October 17, 2008
Kahwin tapi poket kosong buku kat tangan??..
hahah..aku assume bile korg sume bace tjuk ni mesti korg fikir aku nk kawin kn..haha actually bukan aku yg nak kawin..tapi ni seciput crite yg aku kutip dari sorg kawan aku & aku rs agak intim bila dengar cter kawin2 ni..hahaha..first of all aku mintak maaf if ade yg trse ke o pe2 jela heart feelingz bl bace diz kinda topic k..coz diz juz an opinion..so dnt judge it as smthing da can make u kill someone:)..
Bukan sebab musabab utk aku argue cakap @ menentang kawin ni tak bagus..bina masjid tu satu projek yg terbaik dalam Islam..tapi pernah tak korg fikir..kenape aku kawin lg2 time studi & di usia yg muda?..kawin muda ni trademark orang2 lama zaman tok nenek aku..tapi zaman techno maniac bila ada yg kawin awal mesti agak kelakar..bukan je pd aku tp for sure korang jgk..yela ni bukan zaman tok kaduk nak kawin awal2..tapi tulah yg terjadi kat suatu penempatan kat negara ni..
Cternya bermula dengan mukadimah yg cukup "baik"..ajak2 masuk dalam group "kutub kanah" yg juga baik & yg berfasa pengajiannya..utk pemantapan diri jugak..tp disalah gunakan di akhir fasa pengajian..iaitu kawin..bukan maksudnya kawin tu salah tp cara yg salah..senang cter niat baik tapi cara yg mengharamkan niat yg baik tu..msti korg sume pernah dengarkan kawin yg mak bapak carikan pasangan idup..hal yg ni pun sama tp cara yg berlainan..ketua group "kutub kanah" ni yg carikan teman idup utk ahli2 group ni bukan mak bapak yg cari..
haaa..dari segi positif memang cukup molek..masuk group single..kluar group dh ade orang rumah..haha hidup pun lebih teratur..tp penegasan kat cni..positif utk lelaki..tp bukan perempuan..kontra memang banyak..korg fikirlah sndiri..
Pendapat aku..kawin?..bagus!..kalo dah ade saving & kerja yg menjamin future..tp kawin time belajar & takde saving & yg paling penting mak bapak yg bg duit utk mencekik evryday memang patut dielakkan..kenapa?..analoginya bila kita dh bina masjid msti kita perlu selenggaraan supaya masjid tu tak buruk etc..haa camtulah dengan kawin..dahla blaja bz dgn claz & assingment..takde kerja..mn datang duit nk makan??duit bju sluar?..husband pun studi & takde kerja..tak pasal2 mak bapak kene tanggung..padahal dah kawin & tanggungjawab suami bagi nafkah..bila keadaan camni jadi macam2 hal boleh berlaku..memangla baru2 kawin pijak semut pun tak dengar semut tu menjerit..lama2 bau kentut busuk pun jadi isu panas..bila keadaan dah macam "berdua tak baik" penceraian pun berlaku..haa sedangkan penceraian ni cukup dibenci dalam mana2 agama pun..tp dah takde jodoh..nak buat cmnekan..
Tuntasnye aku bercerita pasal ni..nak kawin?..fikir dulu future korang..fikirkan keinginan..bukan ikutan @ paksaan @pun sebab takut dengan cter2 orang..ingat!kawin tu perkongsian..jika korg tak bersedia nak berkongsi baik lupakan..bila kita berkawin aminkan doa perkawinan tu yg pertama & terakhir..bg perempuan bila korg kawin maknanya hidup & future korg diserahkan sepenuhnya dlm tangan suami..maka pilihlah yg membawa ke syurga..salah pilih silap2 nusyuz plak kat suami..
Wednesday, October 15, 2008
SRK Dapat Datuk??..murahnya Datuk Malaysia..
Wawawa..amboi2 Yg Berhormat oi..yg hang pi bg snang2 je Datuk 2 pasai pa??..asal mamat tu baru berlakon skali kat Melaka hang bantai trus p bg Datuk..kalo lar kt seluruh kerajaan kt dunia ni cmni..baik aku berlakon kat seluruh dunia & dapat 1001 jenis gelaran..dari Datuk sampai moyang punye Datuk..dah lar takde bg statistik peningkatan pelancong ke Melaka disebabkan SRK lepas tu senang2 je bg pangkat Datuk tu..
Sepatutnya Datuk2 ni bg lar kt rkyat Msia yg berjasa & bukan yg "BERJASA" ye..yg tak leh blah gak kenyataan bekas Menteri Kewangan..Tun Daim Zainuddin mencadangkan kepada Mohd. Khalil (Yang DiPertua Negeri Melaka) supaya pelakon Bollywood itu diberi anugerah bagi membantu Melaka menjadi terus popular lebih-lebih lagi selepas Melaka mendapat pengiktirafan Bandaraya Warisan Dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco)..
Nah..nampak benar gelaran Datuk ni gelaran murahan..kalo camtu if bapak aku bekas Menteri @ Menteri senang lar jugak aku nak dapat Datuk..bapak aku cadangkan kat mne2 sultan asal stju esok luse dapatlah Datuk aku..
Sebenarnya isu Datuk2 ni dah lama jadi cter cume kejap ade kejap takde..macam chipsmore..mugkin satu hari nnti sapa yg dapat Datuk tu takyah nak dok banggo2 ni..takde mende pun gelaran tu..even kes2 jenayah high claz pun sape yg Tok Karut??..contohnye kes bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Dr. Md. Saberi Md. Salleh yg kena penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pas didapati bersalah atas tuduhan memperakui invois mengandungi butiran palsu berhubung pembekalan peralatan sukan berharga RM138,600, sembilan tahun lalu..haa kes kluar msuk court pun salah satu yg melibatkan Datuk2..asal tak dilucutkan je kalo dah buat salah tu..memalukan betul..dan yg patut dipersoalkan ialah apa kriteria2 yg boleh dapat gelaran Datuk?..walaupun dah ade kriteria2 tu tapi kita ptt ragukan..kerana ape?..kerana SRK dapat Datuk..kenapa?..kerana mamat ni berlakon kat Melaka & hanya SEKALI terus dicop "berjaya mempromosikan Melaka"..wah!syabas Yg Berhormat KM Melaka..
Jangan plak lepas ni makin bertambah pelakon2 asing datang berlakon kat sini semata2 nak DATUK:)..
Saturday, October 11, 2008
Ringgit kita makin kecik ke???..
Won Korea Selatan | Ringgit Malaysia | |
1 KRW = 0.00249400 MYR | 1 MYR = 400.962 KRW |
Rendah btl!!..1000 won bersamaan rm 2.490.! Oh man..3 tahun lepas 1000 won bersamaan rm 3.70+..taun lepas 1000 won bersamaan rm 3.40..(1000 won bolehla membeli satu tin minuman di korea ini)
Kebankruptan lehman..bail out plan sebanyak us dollar 700 billion menceritakan segalanya..Settle ekonomi dunia menjadi mangsa keruntuhan ekonomi US..
Demi menyelamatkan ekonomi yang tenat, bank-bank dunia dan simpanan tetap persekutuan US telah mula mencetak wang demi wang dan fenomena ini boleh menjurus ke arah the death of money..tak mustahil lama kelamaan duit yang ada di tangan kita akan hilang nilainya..Duit daun pisang..Ingatkah lagi?..Masih bermimpi bahawa ekonomi dunia dalam keadaan baik dan dragon ball ada 7 biji semuanya?..tidak2..ekonomi makin lembab makin jatuh..
What a Day man!!!
Tapi Jumaat kali ni aku kat Rusia & ari ni jugakla aku pegi shoppin kat ikea dgn clazmate aku Afif & kitorg boleh tersalah naik bus free yg bukan menghala ke Yasenevo tp menghala ke Annino..bapaklah punya jauh!..dahla tak tau jalan..bergantung kat warna line metro je..sampai2 kat Annino ni aku & Afif dh blank..coz takde satu tanda pun line metro warna oren yg pegi Konkova..haha
Aku malas nak fkir banyak..main bantai je tanya sorang awek Rusia.."can u speak English?"..tnya aku.."nyet"..balas awek tu..adooiyai..last2 aku bantai je tanya padahal salah ke btol aku pun tak tau.."atkuda Konkova?"..tp awek ni senyum je & cakap die tau (translate BM)..dalam train aku pun mencari2 lar peta & awek tu pun bangun bagitau follow je dia..huhu..
Agak jauh jugak lar..dlm 10 stesen aku & Afif turun kat stesen Okyabrskaya..stesen ni aku ingat coz pergi masjid ikut stesen ni..tp awek tu suruh ikut aku pun ikutla..dia ajak aku bborak..yg kluar dari mulut aku juz "da".."nyet".."yani panimayu"..maklumlah rookie lagi..tak tahu Russian..tp aku faham pe die cakap.."if tak tau jalan bawak map..dah dinner ke?..jaga diri elok2 bila sampai kat Konkova nanti"..kate awek tu..haha macam mak pesan kat anak plak..
Awek tu trun kat stesen Shabolovskaya..before die turun tu die cakap kat aku jgn lupa turun kat stesen Konkova & harap dapat jumpa lagi..haha(awek ni time cakap macam nak cium..dekat nak mati ngan muke aku)..hahah..tak abiz lagi crite aku..Afif plak tak tahan nak kencing..cez..haha nak tergelak aku..ktorg pun turun lar kat stesen Akademicheskaya..berlari2 cari toilet..hahaha finally kencing kat blakang rumah kosong..hahah
Itu baru crite time petang..time pagi aku ade claz Russian..memang tak boleh bla btoi lecturer ni..6x tu aku buat pembetulan yg die suruh buat..still tak puas hati & cakap aku "mnoga problemo"..shit btol..pe masalah ntah..clazmate aku yg lain die check buku skali pandang je..yg buku aku siap check satu2 huruf!!..fuuu panaz je aku..suka cari point je org tua ni..abiz claz pun nak buat muka kat aku..aku elok2 je cakap.."spasiba..dasvidania"..die boleh plak jeling..siot angin btoi..
Lepas tu anatomi..ari ni ade collog(test)..aku bajet boleh lar settle ari ni..rupenya tak..mamat Shemeykov(lecturer anatomiku) ni masuk2 dah tanya mne lab coat aku..ngeh3 tertinggal..pastu boleh plak marah kitorg coz tak datang claz die ari 2 & amik tulang tak bagitau die..padahal dh bagitau..nyanyuk btol..haha time collog aku baru salah bagi nme kat satu part kat radius..die trus cakap next week je buat balik..oi!penat je aku hafal!suke ati je cakap cmtu..bagi r pluang!..huu tulah Jumaat aku..
Time kat MSU dulu Jumaat yg paling aku ingat time nak pegi Debat Alam Sekitar kt UMS..time tinggalkan pengiring aku yg bdo (zul) kt LCCT..hahaha..padan muke!..yg lain2 Jumaat aku kt MSU adlh ari shoppin bile dapat elaun Mara..
Thursday, October 9, 2008
Pak Lah berundur Tak Lama Lagi..
Diharapkan lepas ni takdelah suare2 sumbang yg tak abis2 nak bukak mulut tu..cukup2lah..kutuk, caci, hina korg kat paklah pun takkan jadi pe..bagi peluang beliau menentukan arah Msia ni..setiap pemimpin ade cara diorang sendiri..time TDM pegang Msia kita cukup beruntung kerana kemajuan bukan abstrak tp realiti..mcm2 bangunan naik..time PM sebelumnya hanya membangun dari segi asasnya..sebenarnya punca rakyat Msia ni "gembira" apabila Pak Lah memerintah kerana rakyat Msia ni tak nampak pe2 yg naik..yg utamanya pembangunan..tulah sebabnya ramai yg "suka" Pak Lah..tapi korg sume silap..Pak Lah ade buat pembangunan..pembangunan Modal Insan..
Hindraf
Bar Council
Isu minyak global..minyak baru naik..tapi korg masih boleh bernafas walaupun mencungap je.. aku kt moscow ni baru sedar cmne murahnya barang2 kat Msia tu kalo nak dibandingkan kat sini..walaupun kereta kat sini murah tapi harga minyak USD1 untuk 1Liter..sedangkan Rusia pengeluar minyak gak..cuma minyak diorg takdelah promote kat luar cam Petronas..mereka gunakan minyak untuk rakyat sendiri..tapi jika timbal balik sama je konsepnye..walaupun minyak di Msia mahal tapi rakyat dapat SUBSIDI..macam biasalah walaupun dapat subsidi tapi bukan ke minyak subsidi yg korg dapat tu..ke pusat yg membeli dan belah jugak..salah siapa if tak cukup makan?..tanyalah jiran seblah umah kalo nak tau..cara korg belanja duit tu yg menentukan cukup @ tidak perbelanjaan korg..Rusia juga bergantung kepada USD..sama macam Msia..tapi rakyat Msia untung sebab pemimpin2 kita (tak termasuk "PENGKHIANAT BANGSA YG GILER TUUUT")tau nak manage negara bila ekonomi global tak menentu..time siapa RM diapungkan?..time Pak Lah jugak..zaman TDM kebijaksanaan beliau tak pinjam kat along dunia & pendirian beliau yg cukup utuh..tu yg membuatkan ekonomi negara masih stabil walaupun lembab..normal lar..US pun alami benda yg sama gak sampaikan banyak syarikat2 besar bankrupt..
Moscow
Kemudian,if korg nak cakap gaji kecik @ barang2 mahal..tulah keadaan globalisasi skang..jangan hanya pandang pada yg nampak depan mata je.. jangan plak ada yg nak betah cakap Rusia @negara2 yg aku bandingkan maju & Msia negara membangun..itu mentaliti humaniti dunia ke-3..pada aku if korang manusia yg bersekolah abiz SPM tu dah dikira tau lar nak beza keadaan Msia dgn dunia luar & keadaan globalisasi kita skang..adili pe2 pun keadaan dgn seadilnya..
Monday, October 6, 2008
Trio rekaan PKR
Setelah sekian lama tak sentuh ttg politik Malaysia aku kira kali ini mungkin waktu yg sesuai..banyak benda yg berlaku dalam beberapa bulan ni..coz bz sangat so komen pun lambat la..
Firstly, aku akan sentuh ttg penahanan makhluk "rekaan" PKR iaitu Raja Petra Kamaruddin serta pemimpin yg aku kira dah nyanyuk YB Teresa Kok Su Sim dan Tan Hoon Cheng..YB Teresa Kok Su Sim baru2 ni dah dibebaskan oleh PDRM..macam2 benda keluar dr mulut makhluk ni ketika mengadakan sidang akhbar..yg paling tak boleh dimaafkn kenyataan die(tak layak dipanggil beliau) yg mengatakan dapat makanan "anjing"..iaitu timun dan beberapa cebisan makanan yg lain..aku kira anjing tak makan timun..mungkin anjing die yg makan timun beserta buah avokado(amboi jg kecantikan ke) kot..dan beberapa jam kemudian selepas beberapa akhbar mengeluarkan kenyataan die 2..boleh r plak die menafikan die ckp camtu..pastu bile TV3 pun menyiarkan sidang akhbar pun die nak betah..cakap tipu..at last mengaku cakap die lupa..kantoi pun ko eh..tu lar jangan main2 dgn teknologi..salah record salah cakap xdapek r nak tolehnye..
Saturday, October 4, 2008
Raya
Pagi2 raye aku gerak agak awal jugak lar..dgn tan sri & afif..yang memusykilkn aku time g embassy 2 takde sorang pun student msia..buat aku & mereka terpinga2..ngeh3 rupanya ramai yg dah datang awal..
Tapi nasib agak malang lar gak..datang awal tapi time makan aku hanya makan 1biji oren & 1pinggan nasi goreng kot..ceh..agak sadis di pagi raye..hehe pas2 aku g satu masjid kat moscow..agak kecik..sempat gak makan & zuhur kat situ..