Wednesday, October 15, 2008

SRK Dapat Datuk??..murahnya Datuk Malaysia..


Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood..Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia..kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam..beliau berkata, Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk One Two Ka Four di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.“Salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort, Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka,” katanya.

Wawawa..amboi2 Yg Berhormat oi..yg hang pi bg snang2 je Datuk 2 pasai pa??..asal mamat tu baru berlakon skali kat Melaka hang bantai trus p bg Datuk..kalo lar kt seluruh kerajaan kt dunia ni cmni..baik aku berlakon kat seluruh dunia & dapat 1001 jenis gelaran..dari Datuk sampai moyang punye Datuk..dah lar takde bg statistik peningkatan pelancong ke Melaka disebabkan SRK lepas tu senang2 je bg pangkat Datuk tu..

Sepatutnya Datuk2 ni bg lar kt rkyat Msia yg berjasa & bukan yg "BERJASA" ye..yg tak leh blah gak kenyataan bekas Menteri Kewangan..Tun Daim Zainuddin mencadangkan kepada Mohd. Khalil (Yang DiPertua Negeri Melaka) supaya pelakon Bollywood itu diberi anugerah bagi membantu Melaka menjadi terus popular lebih-lebih lagi selepas Melaka mendapat pengiktirafan Bandaraya Warisan Dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco)..

Nah..nampak benar gelaran Datuk ni gelaran murahan..kalo camtu if bapak aku bekas Menteri @ Menteri senang lar jugak aku nak dapat Datuk..bapak aku cadangkan kat mne2 sultan asal stju esok luse dapatlah Datuk aku..

Sebenarnya isu Datuk2 ni dah lama jadi cter cume kejap ade kejap takde..macam chipsmore..mugkin satu hari nnti sapa yg dapat Datuk tu takyah nak dok banggo2 ni..takde mende pun gelaran tu..even kes2 jenayah high claz pun sape yg Tok Karut??..contohnye kes bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Dr. Md. Saberi Md. Salleh yg kena penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pas didapati bersalah atas tuduhan memperakui invois mengandungi butiran palsu berhubung pembekalan peralatan sukan berharga RM138,600, sembilan tahun lalu..haa kes kluar msuk court pun salah satu yg melibatkan Datuk2..asal tak dilucutkan je kalo dah buat salah tu..memalukan betul..dan yg patut dipersoalkan ialah apa kriteria2 yg boleh dapat gelaran Datuk?..walaupun dah ade kriteria2 tu tapi kita ptt ragukan..kerana ape?..kerana SRK dapat Datuk..kenapa?..kerana mamat ni berlakon kat Melaka & hanya SEKALI terus dicop "berjaya mempromosikan Melaka"..wah!syabas Yg Berhormat KM Melaka..

Jangan plak lepas ni makin bertambah pelakon2 asing datang berlakon kat sini semata2 nak DATUK:)..


0 comments: