Monday, October 27, 2008
KJ: tiada karpet merah kali ini..
Khairy Jamaluddin bolehlah diibaratkan sebagai bintang yang bersinar secara tiba-tiba umpama dipaksa-paksa tanpa diminta. Beliau mendaki puncak populariti sebagai ahli politik tanpa perlu mengeluarkan 'peluh' yang banyak. 2) Khairy yang dilahirkan pada 10 Januari 1976 di Bandaraya Kuwait, Kuwait adalah anak tunggal kepada Dato' Jamaluddin Abu Bakar (bekas diplomat) dan Dato' Rahmah Abdul Hamid.
Pengajian menengahnya adalah di Singapura sebelum berjaya memperoleh Ijazah Falsafah, Politik dan Ekonomi daripada Universiti Oxford (Kolej St. Hugh). Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana dengan penjurusan teori undang-undang dan politik daripada UCL.
Kerjaya awal Khairy di penghujung 1990-an adalah sebagai penulis bagi majalah 'The Economist' sebelum bertugas sebagai pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi).
Khairy menikahi anak Abdullah iaitu Nori pada bulan Oktober, 2001.
Beliau menang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 2004 (berusia 28 tahun !) tanpa bertanding. Dunia politik Malaysia masih ingat lagi betapa kesemua calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut seolah-olah telah 'digari' dan 'terpasung' segalanya, gagal meraih pencalonan yang cukup dan dikuatkan lagi dengan 'suara-suara ghaib' yang memujuk supaya mereka berundur diri serta menyerah kalah awal-awal. Khairy umpama disediakan 'karpet merah' secara automatik untuk mengisi jawatan tersebut.
Di atas kapasitinya sebagai orang nombor dua Pemuda UMNO, beliau diberikan tiket untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Umum 2008 bagi Parlimen Rembau, tempat asal-usul keluarganya. Kini Khairy bergelar Yang Berhormat Rembau. YB KJ !
Kini Khairy mengidamkan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Beliau 'WAJIB' menang jawatan tersebut untuk meneruskan 'survival' politiknya. Beliau masih muda, bakal berusia 33 tahun pada tahun 2009. Sudah semestinya Khairy 'mengidamkan' sesuatu yang lebih 'besar' untuk masa hadapannya. Benar atau tidak, ada cakap-cakap politik yang mengatakan bahawa Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini juga menaruh harapan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum mencecah usia 40 tahun !
Tapi kali ini Khairy tidak disediakan 'karpet merah' secara automatik. Bapa mentuanya sendiri telah diketahui umum tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus membawa erti bahawa 'title' beliau sebagai menantu Perdana Menteri juga akan terhakis menjelang Mac 2009 nanti. Sentimen 'terpaksa' menyokong Khairy sudah kelihatan mula beransur pulih.
Labels:
Malay Asia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hey.. thanks for linking my blog (:
are u layla's friend?
shame2:)~yeap2..
Post a Comment