Tuesday, October 28, 2008
Masalah aurat wanita..
Sebahagian wanita menyangka menutup aurat itu hanya dengan menutup rambut. Ia tidak tepat.
Asasnya daripada firman Allah S.W.T : "Hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kami, kecuali apa yang terzahir." ( An-Nur : 31 )
Pengertian khumr(tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala manakala apa yang disebut 'juyub' - kata jama' daripada kata jaibun - iaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian atau baju.
Setiap wanita Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya, termasuk leher sehingga semua tempat yang boleh membawa fitnah tertutup daripada perkara yang menungkinkan dilihat orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr. Yusof Al-Qaradawi, yang dimaksudkan 'perhiasan wanita' dalam ayat itu pula ialah apa yang dipakai berhias untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut, dan potongan tubuh, mahupun buatan seperti pakaian, perhiasan dan solekan.
Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan wanita menyembunyikan perhiasan berkenaan dan bukan ditunjukkan dengan jelas. Allah SWT tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir...
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)
Buat sahabat2 kt luar sne tu share2 lar pe2 yg baik2..Sekadar perkongsian..Buat iktibar dan pedoman semua muslimah diluar sana...
Labels:
life
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
pndainya anda berbicara....
hee...
Post a Comment